Kelahiran Rasulullah SAW

Muhammad SAW dilahirkan di tengah-tengah kota Makkah Al-Mukarramah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi iaitu pada tahun Gajah. Tahun di mana peristiwa penyerangan ke atas Baitillah il-Haram oleh sepasukan tentera di bawah pimpinan Raja Abrahah. Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan.

Bidan Rasulullah ialah Asy-Syifa’ binti Abdul Rahman bin Auf.

Peristiwa Menakjubkan Sebelum Kelahiran Baginda

  • Semasa Rasulullah berada di dalam kandungan ibunya Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu lain yang hamil. kehamilan disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau sedang mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu, tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
  • Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
  • Peperangan tentera bergajah yang disebut dalam Al-Quran dalam surah al-Fil, datang menyerang Kota Makkah. Ia diketuai oleh tentera begajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah SWT. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
  • Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Dia berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran nabi, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad SAW lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa AS dan Nabi Musa AS. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

 

Peristiwa Menarik Semasa Kelahiran Baginda

Pada Subuh hari kelahiran Baginda, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika itu berada dalam keadaan damai dan menenangkan jiwa. Angin yang bertiup sepoi-sepoi, keadaan alam ketika itu seolah-olah menyambut ketibaan tetamu agung yang tidak pernah dirasai oleh penduduk Makkah sebelum ini.

Kelahiran bayi ini disambut dengan sukacita oleh keluarga Bani Hasyim. Di negeri Parsi, kalahiran Muhammad bin Abdullah memadamkan api-api keramat kaum majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak terpadam semenjak dihidupkan. Kalahiran Muhammad SAW juga menggoyangkan tiang-tiang utam istana Qisra Rumawi dan menyebabkan menaranya roboh. Muhammad SAW lahir dengan membawa panji-panji risalah terakhir dari Allah SWT untuk umat manusia.

Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad SAW lahir, dinding-dinding istana Qisra retak dan menaranya roboh. Api di kuil-kuil penyembahan Parsi padam. Berhala-berhala yang memenuhi pelantaran Kaabah retak dan bergoncangan. Cahaya dari tubuh Muhammad SAW memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang dilalui Baginda.

Anusyirwan dan pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan. Ketika lahir, nabi kecil itu telah tersunat dan tali pusatnya pun sudah terpotong. Ketika lahir ke dunia, baginda berkata, “Allahuakbar, Alhamdulillah. Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam.”

Peritiwa yang mengawal kelahiran setiap nabi tidak ada yang terjadi secara kebetulan. Semua peristiwa itu berada dalam realiti dan perencanaan Allah SWT, khususnya yang berkenaan dengan kelahiran Muhammad SAW baik dalam kitab Taurat mahupun Injil.

280
Please Leave Your Feedback
Thanks!
An error occurred!

One Response to Kelahiran Rasulullah SAW

  1.  

    Thanks to my father who told me on the topic of this webpage, this
    webpage is really awesome.

leave your comment

Optionally add an image (JPEG only)