Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Artikel kali ini saya nak cerita mengenai Facebook Pixel. Sebelum tu saya nak tekankan, sesiapa yang tak ada website lagi disarankan jangan baca artikel ini. 😛

Facebook Pixel merupakan satu lagi fungsi baru yang diperkenalkan Facebook bagi membantu pengguna-nya memasarkan perniagaan dengan lebih berkesan dan Awesome!

Bagaimana FB Pixel Berfungsi?

Secara ringkasnya, apabila anda buat  Ads Campaign  di Facebook, anda akan lihat pilihan’Facebook Pixel’ pada Advert Manager anda.

Diruangan tersebut anda akan diberi kod Pixel untuk ditanam atau dimasukkan kedalam ruangan kod HTML website anda.

Jadi, kita fokus semula kepada matlamat artikel ini.

Kenapa saya kata FB Pixel ini Awesome? Ini sebabnya,

1. Boleh Jejak Aktiviti Pelanggan

Pixel boleh membantu menjejaki aktiviti pelanggan atau pelawat yang masuk ke website anda.

Anda juga dapat mengetahui apa yang mereka berminat atau laman apa yang mereka masuk.

Paling menarik, FB Pixel boleh merekodkan maklumat barang apa yang pelanggan anda tambah masuk dalam Shopping Cart dan sebagainya.

2. Boleh Sasar Semula Pelawat

Apa yang dimaksudkan dengan ‘sasar semula’ ? Haa. Kalau anda nak tahu, FB Pixel boleh mengumpulkan pelanggan atau pelawat ke dalam kumpulan berdasarkan minat utama mereka.

Kemudian, FB Pixel akan menghantarkan semula iklan anda ke Facebook pelanggan atau pelawat tersebut berdasarkan kepada minat mereka.

Contoh mudah, anda masuk ke website Zalora untuk survey baju kurung, tapi tak beli pun. Kemudian, Zalora punya Pixel akan menghantarkan maklumat baju kurung tadi ke Facebook dan Facebook akan mengeluarkan iklan berkaitan baju kurung Zalora di News Feed pelanggan atau pelawat mereka.

Awesome kan? 😀

Nampak Tak?

Jadi, nampak tak betapa hebatnya kemampuan Facebook Pixel ni? Jadi, apa tunggu lagi. Jangan lengahkan masa, buat marketing padu-padu dengan FB Ads dan gunakan FB Pixel. Paling penting, mestilah kena ada website. Huhu. Tak ada website macam mana nak guna FB Pixel. Betul? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *