CETAK DUIT DENGAN WEBSITE

Website yang menarik dan berkualiti dapat meningkatkan jumlah pengunjung ke website kita secara konsisten.

Jadi, untuk entri ini saya nak kongsikan 3 benda penting yang boleh membuatkan website anda ‘meletup ‘ sehinggakan pengunjung yang datang ke website anda leka berjam-jam tak nak keluar.

1. Mesra SEO

Website yang mempunyai SEO yang baik adalah ciri utama untuk menjadikan website anda ‘meletup’. Macam mana nak buat website kita mesra SEO?

Salah satu caranya ialah, setiap content yang anda tulis itu mestilah menggunakan ejaan penuh tanpa ada sebarang shortform.

Pastikan juga anda memasukkan sedikit isu yang sedang viral di internet kedalam penulisan artikel anda.

Dan paling penting adalah, terus kekalkan konsistensi dalam mengemaskini artikel website.

Bila anda kerap post artikel baru, lagi mudah untuk anda mendapatkan kedudukan SEO yang baik dalam enjin carian Google.

2. Design Yang Mesra Pengguna

Zaman sekarang penggunaan peranti pintar seperti telefon pintar, tablet, tv pintar semakin meluas di kalangan pengguna internet.

Oleh itu, sangat penting untuk anda memastikan design website anda menepati kriteria moden & responsive.

Dari segi tulisan, saya syorkan anda gunakan jenis tulisan yang mudah dibaca dan warna yang terang. Ini sangat mempengaruhi keselesaan pembaca untuk terus membaca artikel website anda.

3. Kelajuan Website

Kelancaran sesebuah website merupakan perkara asas jika anda mahu website anda ‘meletup’. Tiada maknanya kalau content anda menarik, design responsive tapi slow access.

Selalunya, website jadi slow adalah disebabkan beberapa punca seperti, hosting yang tidak berkualiti, saiz gambar yang terlalu besar, data terkumpul yang tidak berguna dan content yang terlalu panjang.

Jadi, anda perlu kerap memeriksa kelajuan website anda seminggu sekali atau sebulan sekali supaya pengunjung yang datang tidak rasa tertekan. 😀

Macam Mana Nak Buat Sales Dengan Website?

“Website saya dah ‘meletup’ habis dah. Tapi dapat trafik je. Macam mana saya nak jana income dengan trafik website?”

Okey, macam ni. Bila trafik website anda dah stabil, maka sangat senang untuk anda buat income dengan trafik tersebut. Baca bagaimana kaedah yang berkesan untuk dapatkan duit dengan website!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *