Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hosting merupakan watak utama yang mempengaruhi kelancaran website anda.

Jadi hari ini saya nak bantu anda tentang bagaimana cara untuk memilih hosting yang terbaik untuk website.

Penggunaan internet pada tahap maksima telah menyebabkan kewujudan hosting provider yang terlalu banyak.

Ada yang OK, ada yang KO. Kalau anda tersilap pilih, maka anda akan rugi wang ringgit, website kerap down atau slow.

Jadi, baca tips yang saya nak kongsi ni elok-elok supaya anda bijak dalam memilih hosting.

1. Lokasi Hosting Provider

Pertama sekali, anda perlu memastikan hosting provider yang dipilih adalah terletak di lokasi dimana sasaran trafik anda berada.

Faham ke tak faham? Okey. Saya bagi contoh, jika anda sasar rakyat Malaysia sahaja yang masuk ke website anda, maka anda digalakkan memilih hosting provider yang berlokasi di Malaysia.

Namun, jika anda mensasarkan rakyat Amerika sebagai pengunjung website anda, maka anda perlu memilih hosting provider yang berlokasi di Amerika Syarikat.

Sebab apa?

Kerana apabila anda memilih hosting provider yang jauh dari lokasi sasaran trafik anda, maka proses penghantaran maklumat daripada hosting ke internet akan mengambil masa yang sedikit lambat.

Jadi, perkara ini perlu dititikberatkan. Jangan hanya pilih hosting provider yang terkenal sahaja tanpa ambil tahu tahap kelajuan-nya apabila digunakan di Malaysia.

2. Saiz Bandwidth

Secara ringkas, Bandwidth adalah suatu kapasiti transmisi kepada rangkaian komputer dan internet.

Apa kegunaannya untuk website? Okey. Bandwidth pada hosting adalah untuk mengawal kadar keluar masuk trafik dalam website kita.

Jika trafik bulanan anda tinggi, maka anda perlu memilih pakej hosting yang mempunyai saiz Bandwidth yang besar supaya website anda boleh menampung jumlah trafik tersebut tanpa mengalami sebarang masalah seperti server down.

Kebiasaannya, saiz Bandwidth 200GB sebulan sudah memadai untuk rata-rata website yang menerima trafik medium.

Melainkan website anda menerima trafik seperti Lazada, 11Street, Carousell, Facebook, Youtube, Google. 24 jam trafik masuk tanpa henti. Hehe. 😉

3. SSL Certificate (HTTPS)

Okey, ini ramai yang belum tahu atau ambil ringan je. SSL certificate sangat penting untuk website anda.

Website yang mempunyai SSL Certificate akan dimulai dengan HTTPS berbanding dengan HTTP (tanpa SSL).

Apa kelebihan dia?

HTTPS bermaksud Hyper Text Transfer Protocol Secure. Maka segala maklumat privasi yang dihantar daripada platform luar kedalam website anda akan ditapis dan highly secure.

Jadi, sebelum nak pilih hosting tu, lihat dulu adakah hosting provider tersebut menyediakan feature SSL Certificate ataupun tidak.

Sedikit tambahan, kepada mereka yang mementingkan SEO, sijil SSL sangat penting untuk website anda kerana enjin carian Google akan memaparkan website yang bermula dengan HTTPS terlebih dahulu sebelum HTTP.

Contoh Hosting Provider Terbaik Di Malaysia?

Terlalu banyak kalau nak senaraikan. Hehe. Saya cuma senaraikanhosting provider terbaik di Malaysia setakat ini dari segi kelajuan dan harga.

Ingat! Ini hanya pendapat peribadi saya. Mungkin anda ada cadangan yang lebih baik boleh komen dibawah. 😀

1. GB Network Hosting

2. ServerFreak

3. Exabytes MY

4. JOMHosting

5. DataKL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *