Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak tengok trafik website kita naik mendadak? Tapi sayang nya kita tak dapat menjejaki pengunjung-pengunjung tersebut. Haa. Rugi sangat-sangat. Sebab mereka yang masuk website kita tu selalunya mereka yang betul-betul berhajat sesuatu.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan 3 tips mudah bagaimana nak mendapatkan jejak pengunjung website anda.

1. Lead Forms

Secara ringkasnya Lead Forms adalah sebuah borang maklumat yang perlu diisi oleh pengunjung apabila melawat website anda. Cara ini sangat sinonim pada masa kini bagi mendapatkan maklumat pengunjung secara terus daripada mereka sendiri.

Kebiasaannya Lead Forms dijadikan sebagai Popup Model dimana ia akan muncul apabila pengunjung memasuki website anda buat kali pertama.

Jadi, mereka perlu mengisikan borang maklumat tersebut sebelum meneruskan pembacaan content.

Adapun, cara tersebut kurang sesuai dari sudut kemesraan pengguna. Mungkin ada pengguna yang berasa rimas dengan Popup tersebut.

Oleh itu, saya lebih mencadangkan kepada anda supaya Lead Forms diletakkan bersama tawaran E-Book Percuma. Sesiapa yang ingin mendapatkan E-Book percuma, mereka perlu mengisi borang maklumat terlebih dahulu.

Ini secara tidak langsung anda akan mendapat butiran pengunjung yang betul-betul berpotensi di website anda.

Betul? 😀

2. Google Analytics

Google Analytics juga salah satu daripada cara terbaik atau paling mudah untuk menjejaki maklumat pengunjung website anda.

Bagaimana ia berfungsi? Haa. Mudah je. Apabila website anda telah disambungkan ke akaun Google Analytics, maka Google Analytics akan merekodkan trafik website anda 24 jam tanpa henti.

Anda juga boleh melihat, berapa jumlah pageviews, bounce rate, lokasi pengunjung dan berapa kali website anda ditemui dalam enjin carian. Ini semua adalah tugas Google Analytics.

Ia sedikit sebanyak membantu anda menjejaki semula atau membuat perancangan untuk menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

3. Facebook Pixel

Tak pernah dengar apa itu Facebook Pixel? Baca artikel tentang Facebook Pixel yang saya post sebelum ini.

Jadi, anda boleh gunakan FB Pixel ini sebagai ejen untuk mengejar pengunjung yang datang ke website anda.

Contoh mudah, anda cuba masuk website Zalora atau Lazada, kemudian kembali ke Facebook, tak lama kemudian, iklan Zalora atau Lazada akan muncul pada ruangan news feed anda.

Begitulah juga keadaannya jika anda menggunakan FB Pixel pada website anda. Secara automatiknya, FB Pixel akan mengesan kategori apa yang pengunjung berminat, maka pengunjung tersebut akan menerima iklan anda di Facebook.

Hebat bukan?

Tukarkan Trafik Anda Menjadi Prospek

Jadi, itu saja yang saya nak kongsi dengan anda hari ini. Kalau anda ikut cara diatas, mesti trafik yang masuk ke website anda tidak akan disia-siakan begitu je. 

Ingat! Setiap trafik itu adalah prospek anda. Mereka masuk bukan saja-saja tau, mereka masuk dengan niat dan kuasa ingin MEMBELI!

Peace! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *