Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Content marketing sudah menjadi satu fenomena atau perkara wajib dalam bisnes online. Content yang baik dan ayat yang power boleh meningkatkan sales anda meroket hingga ke bulan. Hehe. 😀

Menulis tanpa fakta, tiada ayat interaksi dengan pembaca boleh membuatkan content anda menjadi satu content yang tiada nilai apatah lagi mendapatkan sales.

Jadi, hari ini dengan ringkas dan padat, saya nak kongsikan tips penting yang mungkin sangat berguna untuk anda amalkan dalam penulisan content marketing anda.

1. Buat ayat yang tidak memaksa pembaca

Okey, kebanyakan saya lihat, peniaga-peniaga yang membuat content marketing tidak mengamalkan budaya penulisan yang bersifat lemah lembut dalam menyampaikan maklumat produk kepada pembeli.

Contohnya, dalam 20 baris penulisan anda, 10 baris anda hanya bercerita tentang harga sahaja. Ini adalah KESILAPAN TERBESAR!

Jika anda pernah buat perkara tersebut, jangan ulangi kembali. Jika belum buat, jangan cuba-cuba nak buat. Mungkin ia boleh mendatangkan imej buruk kepada syarikat anda sendiri.

Sebaliknya, kongsikan manfaat dan kelebihan tentang produk tersebut di samping menceritakan apa keburukan apabila tidak mengamalkan produk tersebut.

Dengan cara ini, anda dapat menarik pembaca untuk membeli. Tambahan pula, anda akan mudah close sales kerana pembaca sudah faham mengenai manfaat produk yang anda jual.

2. Jangan buat artikel yang terlalu ringkas (SEO)

Bila anda mahu menulis artikel mengenai produk, pastikan anda mempunyai kesungguhan untuk merangka ayat yang kemas.

Artikel yang baik adalah tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Pastikan anda menggunakan long-form dan tidak kurang daripada 1000 patah perkataan.

Itu adalah cara jika anda mahu mendapatkan sales dengan lebih berkesan dan dalam pada masa yang sama anda dapat meningkatkan ranking dan trafik artikel anda dalam enjin carian.

3. Tajuk yang tidak cliche

Tajuk artikel yang unik dapat menarik pembaca untuk membuka artikel anda. Pastikan tajuk adalah berkaitan dengan artikel supaya tidak meninggalkan impression negatif keatas pembaca.

Apa contoh tajuk yang tidak cliche? Okey. Contohnya, jika anda menulis artikel mengenai produk kecantikan, anda boleh menarik pembaca dengan tajuk seperti, “Jangan Baca Artikel Ini Jika Anda Tidak Mahu Cantik!” atau “4 Langkah Yang Jarang Peniaga Bisnes Online Buat”.

Anda juga boleh gunakan tajuk-tajuk unik lain yang anda rasa sesuai, tetapi, ingat! Jangan buat tajuk yang terlalu panjang dan mengarut. Dapatkan pandangan daripada rakan atau kenalan sebelum update sesuatu artikel.

Apa Yang Paling Penting Dalam Content Marketing?

Suka saya simpulkan pada pengakhiran artikel. Apa yang paling penting dalam membuat content marketing adalah, kejujuran dan niat anda dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Jika anda jujur dan telus dalam menyampaikan ilmu kepada pembaca, InshaAllah pembaca yang baca artikel anda itu akan bertukar menjadi pembeli.

Peace! 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *