Guide-to-Marketing-Automation-for-Small-Business

Sehingga kini, jumlah pengguna internet di Malaysia kian bertambah dengan drastik. Sehingga tahun 2016, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mencatatkan lebih 20.1 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet.

Ini bermaksud lebih kurang 63.5% daripada penduduk di Malaysia bergiat aktif dalam dunia maya. Kalau kita lihat statistik itu, wajib atau tidak kita gunakan internet untuk viralkan jenama kita? Sudah tentulah wajib!

Jadi, hari ni saya nak kongsikan 5 cara mudah bagaimana kita boleh viralkan jenama kita secara percuma dengan menggunakan internet sahaja.

*Cara yang keempat mesti anda akan terkejut dan tak terfikir langsung.

1. Buat Facebook Page

Dengan jumlah 18 juta pengguna Facebook di Malaysia, anda boleh iklankan produk atau servis yang anda sediakan kepada pengguna di Facebook. Jangan risau, nak buat Facebook Page, anda tak perlukan apa-apa bayaran. Anda hanya perlu ada nama Syarikat sahaja.

Dengan zaman yang kian aktif dalam dunia bisnes, Facebook telah memperkenalkan fungsi Advert Manager yang bertujuan untuk membantu peniaga di Facebook mengiklankan produk mereka secara berkesan dan mendapatkan prospek yang berpotensi dengan cepat.

Untuk penerangan lebih lanjut mengenai FB Ads ini, anda boleh belajar di Google atau Youtube. Memang sangat bermanfaat!

2. Buat Video Pengiklanan Di Youtube

“Kenapa kena buat Video? Bukan susah ke? Malu lah nak bercakap depan kamera. Lagipun, mesti kena ada DSLR, video editor,  skill editing kan?”

Ha! Ini persoalan yang sering bermain di fikiran kita apabila suruh buat video dan upload ke Youtube. Nak buat video pengiklanan, tak perlu kamera DSLR, video editor atau skill editing semua tu.

Gunakan saja kamera smartphone anda dan terus upload ke Youtube. Kemudian share link video tersebut ke laman media sosial yang lain. Senang bukan?

3. Buat Website Syarikat

Website adalah tempat untuk anda menyimpan segala maklumat syarikat anda, dan pada masa yang sama anda boleh kongsikan maklumat tersebut kepada umum.

Content website yang mempunyai ciri SEO yang baik, akan mudah dijejaki di enjin carian Google. Jangan terkejut kalau tiba-tiba trafik website anda naik secara mendadak. Paling penting konsisten dalam mengemaskini content website.

Baca sebab kenapa perniagaan anda perlukan website.

4. Aktif Dalam Forum Internet

Rajinkan diri untuk sertai perbincangan di forum-forum internet. Cari forum yang aktif dan jawab soalan-soalan atau berikan pendapat ilmiah mengenai topik yang dibincangkan.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan jenama syarikat anda. Secara tidak langsung syarikat anda dikenali dalam kalangan ahli-ahli forum.

5. Buat Giveaway

Tarik perhatian pengikut anda dengan segmen Giveaway. Hadiahkan produk istimewa anda kepada mereka yang bertuah secara mingguan atau bulanan. Ataupun anda boleh berikan diskaun kepada mereka yang berjaya mendapatkan lebih 15 Share misalnya.

Jadi, nampak tak? Dengan cara ini konfem pengikut aktif anda akan meningkat dari semasa ke semasa.

Dah buat cara diatas tapi tak dapat hasil juga?

Anda mesti ada perancangan, tindakan, kesungguhan, dan tawakal dalam setiap yang dilakukan. Kalau tak berkesan, terus kekalkan konsistensi. InshaAllah anda akan dapat hasilnya pada masa akan datang.

Cara-cara yang saya kongsi diatas adalah percuma, jadi jangan sia-siakan platform tersebut untuk anda viralkan jenama anda. Ingat!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *