Sedikit kisah tentang perjalanan kerjaya saya sebagai usahawan. Saya tidak mempunyai latar belakang tentang website design, walaupun saya belajar dalam kos elektronik di salah sebuah universiti tempatan. Ramai orang beranggapan apabila nak buat website, wajib ada kepakaran IT. Sebenarnya tidak. Saya  mengasaskan satu perniagaan mencetak pakaian, sebelum saya terjun ke dalam bidang website design. Jadi apakah 5 langkah mudah untuk memulakan servis bina website?

Web Design Shah Alam

#1 Bina Network Dalam Kalangan Usahawan

Semasa menjalankan bisnes printing baju, saya luangkan banyak masa saya untuk bernetworking. Ramai usahawan yang saya sempat berkenalan dan ada sebahagian yang bertukar menjadi pelanggan saya. Ini kerana apabila kita mempunyai jaringan kawan yang betul, kita seolah-olah melakukan soft selling kepada mereka. Mereka akan melanggan servis kita tanpa kita tawarkan kepada mereka.

Apabila saya decide untuk keluar daripada clothing line, saya buat keputusan untuk terjun ke bidang website development kerana saya dapati semakin hari semakin bertambah orang yang ingin menjadi usahawan terutamanya daripada golongan muda ataupun Gen Y. Daripada situ, saya menggunakan network sedia ada untuk mempromosikan servis bina website yang baru saya mulakan.

#2 Belajar Handle Perjumpaan Dengan Prospek

Buat pengetahuan anda, saya merupakan seorang introvert yang tidak suka bercakap dengan orang. Apabila saya masuk ke bidang ini, saya perlu buang sifat malu saya untuk mengadakan perjumpaan dengan bakal pelanggan. Bagaimana untuk handle meeting adalah buat saja, ajak je prospek anda untuk berjumpa. Secara teknikalnya, mungkin anda perlu belajar ilmu memahami manusia seperti NLP dan sebagainya. Sebagai permulaan, redah je, anda akan belajar sesuatu daripada kesilapan anda sendiri.

Sara sarankan anda membaca buku The Psycology of Selling oleh Brian Tracy sebagai persediaan awal. Dalam buku ini ada mengatakan, ambil 5 perjumpaan awal anda dengan bakal pelanggan sebagai satu proses pembelajaran. Mungkin agak mustahil untuk anda meyakinkan pelanggan untuk mengambil servis anda daripada 5 perjumpaan pertama. Teruskan perjuangan!

#3 Wajib Tahu Manfaat Website Terhadap Perniagaan

Bahagian ini paling penting kerana pelanggan mahukan benefits atau manfaat  website terhadap perniagaan mereka. Mereka tidak akan setuju untuk membina website jika mereka belum tahu apa kelebihan website kepada perniagaan mereka. Mereka juga tidak akan bersetuju untuk mengupah anda jika anda hanya menerangkan spesifikasi website kepada mereka, kadang-kadang mereka tak faham dan memang pelanggan tidak faham pun.

#4 Menelaah Fungsi dan Ciri-ciri Website

Anda perlu juga tahu serba sedikit tentang spesifikasi website kerana anda mungkin akan bertemu pelanggan yang tahu tentang website tetapi mereka tidak mempunyai masa untuk membina website sendiri.

#5 Jumpa Pelanggan

Bahagian terakhir adalah bertemu pelanggan apabila anda sudah bersedia. Jangan ambil masa terlalu lama untuk bersedia. Pelanggan juga manusia biasa, perasaan takut hanya akan datang jika anda tidak pernah mengalaminya. Jadi, tunggu apa? Set appointment sekarang.

Macam mana nak bina website pelanggan jika saya tidak tahu membina website?

Jawapannya senang, anda upah seorang freelance programmer atau sesiapa sahaja yang expert dalam membina website untuk menyiapkan website. Bila pendapatan sudah stabil, anda boleh mengambil pekerja seorang demi seorang.

 

Ini perkara terakhir yang saya ingin kongsikan kepada anda. Jika anda betul-betul mahu masuk ke bidang ini, cari seorang guru yang sudah lama dalam bidang website design. Mereka sudah lalui banyak liku-liku sepanjang berada dalam bidang ini. Saya masih belum layak untuk jadi guru anda dalam bidang ini tapi saya boleh beri sepatah dua nasihat jika anda betul-betul komited untuk menjalankan servis bina website.


Kenapa saya tegaskan bahawa nak bina website tidak memerlukan anda untuk memahami sebaris pun ayat programming? Kerana sampai sekarang saya masih belum faham bagaimana nak buat website menggunakan html, php mahupun css. Sedangkan cetak baju dan servis bina website adalah dua perniagaan yang 100% berbeza, jadi agak mustahil untuk saya menawarkan servis bina website jika ia memerlukan kemahiran programming.

Saya bercadang ingin mengadakan program referral untuk Website Malaya. Jika ada kenalan anda yang ingin membina website, saya ingin menghadiahkan 20% komisyen kepada anda selepas pembinaan website mereka selesai. Anda hanya perlu memberi details mereka kepada saya. Andai ada yang yang berminat boleh tinggalkan details anda pada ruangan komen di bawah.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang. Share artikel ini jika ianya bermanfaat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *