38955140-sales-wallpapers

Penambahan jumlah website di internet semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kenapa semua nak buat website? Apa kepentingan website? Nak buat website modalnya mesti besar kan?

Begitulah persoalan cliche yang sering berlegar-legar di kotak fikiran anda. Jika anda berfikir begitu, hari ini saya nak buktikan yang anda SALAH!

1.  Mudah Dibangunkan

Jika anda takut nak keluarkan modal, rajinkan lah diri untuk explore dan cuba bangunkan website anda dengan hasil tangan anda sendiri.

Terlalu banyak ilmu yang boleh kita cari di Google. Jadi, tiada alasan untuk anda tidak memiliki website sendiri. Kami juga ada menyediakan video tutorial untuk membina website dengan mudah. Paling menarik adalah video tutorial ini direkod menggunakan bahasa melayu.

Klik SERTAI VIDEO COURSE untuk baca lebih lanjut.

2. Database Yang Besar & Selamat

Dunia maya yang semakin dibanjiri dengan Virus dan Penggodam membuatkan data syarikat atau peribadi kita terdedah dengan ancaman kerugian atau kecurian. Untuk mengatasi ancaman ini, website adalah jalan keluar bagi anda.

Kerana website itu sendiri telah mempunyai database yang bersaiz besar dan selamat untuk menyimpan segala maklumat penting syarikat anda dan boleh diakses di mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan internet.

3. Search Engine Optimization (SEO)

SEO adalah sebuah kaedah untuk anda meningkatkan kualiti konten dan kuantiti trafik website supaya website anda muncul dalam enjin carian seperti Google, Yahoo, dan sebagainya.

Baru-baru ini, Google telah memperkenalkan ‘Google Hummingbird’ iaitu algoritma moden untuk mengarahkan supaya Search Engine mereka mencari website-website yang mempunyai kualiti konten yang positif dan aktif sahaja.

Kaedah ini boleh digunakan supaya website anda mudah dijumpai dalam carian Google. Baca bagaimana SEO dapat meningkatkan ranking website anda. 🙂

4. Pengiklanan Secara Percuma

Dengan memiliki website, anda boleh jalankan pengiklanan secara bebas dan percuma. Bayangkan anda mempunyai papan tanda sendiri, kemudian anda letakkan iklan anda setiap masa mengikut kehendak anda sendiri.

Berguna kan?

5. International Access

Rasanya semua dah tahu zaman ini adalah zaman ‘Dunia Terbuka’. Semua maklumat yang ada di internet boleh diakses oleh pengguna di seluruh dunia hanya dalam beberapa saat sahaja.

Dengan menerusi carian Google, rakyat dari Singapura, Brunei, Indonesia, malah di Eropah sekalipun boleh melayari website anda tanpa ada sebarang sekatan.

Susah Nak Naikkan Rating Website?

“Saya malas nak buat website. Kalau buat pun bukannya rating terus naik… Hmm.”

Jika anda masih rasa ragu-ragu seperti individu diatas, nasihat saya, buat website dari sekarang. Kalau tak ada trafik, jangan berhenti setengah jalan.

Teruskan update blog post anda setiap hari atau 2 kali seminggu dengan artikel-artikel yang bermanfaat kemudian share link post tersebut di Facebook.

InshaAllah, satu hari nanti trafik anda akan meningkat perlahan-lahan. 😀


Saya rekomen anda masuk ke Group Teknik SEO Sempoi jika website anda susah atau tiada trafik. Group rahsia dikendalikan oleh rakan saya iaitu Dr. Wan Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *