Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa itu domain? Apa itu sub-domain? Dua benda berbeza atau sama? Okey. Hari ini saya nak terangkan secara ringkas mengenai domain dan sub-domain.

Sebelum itu saya nak terangkan secara am yang mana, setiap laman web yang telah dihoskan ke internet memiliki ip address masing-masing.

Oleh itu, domain diwujudkan bagi menamakan ip address tersebut kepada nama yang lebih mudah dibaca atau yang sedap dipandang mata. 😀

Domain adalah alamat induk kepada website kita seperti contoh,

  • websitemalaya.com
  • google.com
  • facebook.com

Manakala Sub-Domain pula adalah cabang kepada domain induk website kita seperti contoh,

  • hello.websitemalaya.com
  • mail.google.com
  • games.facebook.com

Yang saya highlight kan itu adalah Sub-Domain. Ia berada dalam kumpulan dibawah domain induk.

Saya bagi contoh paling mudah, anda mempunyai sebuah syarikat induk, dan dibawah syarikat induk itu anda menubuhkan syarikat-syarikat kecil untuk menjalankan perniagaan mengikut bidang masing-masing.

Jadi, itu sahaja perkongsian ringkas daripada saya untuk hari ini. Saya tulis topik ini sebab saya tahu masih ada yang kurang jelas apa beza domain dan sub-domain dari sudut kasarnya.

Domain dah tahu? Apa lagi. Jom baca tips bagaimana untuk memilih hosting yang terbaik untuk website anda!

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *