Hmmm.. bila kita sebut tentang FB ads, mesti semua orang pernah dengar kan? Kebanyakan ‘Facebook’ers tahu akan kewujudan FB ads. Tapi tahu hanya sekadar tahu je la kan.

Namun, apakah anda semua tahu apa itu sebenarnya FB ads? Apa yang FB ads lakukan? Bagaimana FB ads dipaparkan? Ok biar saya terangkan sedikit sebanyak tentang FB ads.

 

Apa itu FB Ads?

FB Ads adalah singkatan bagi Facebook Advertising yang bermaksud Pengiklanan Facebook.

 

Dimana FB Ads dipaparkan?

Satu FB ads meliputi 3 gajet yang mampu untuk penggunanya lihat iaitu desktoplaptop, dan smart phone.
Untuk desktop dan laptop, iklan anda akan dipaparkan di ‘Sidebar’ Akaun Facebook,dan ‘Newsfeed’.

 

Sidebar (Contoh)

 

Newsfeed (Contoh)

 

Iklan boleh dipaparkan sama ada dalam bentuk gambar, video dan carousel.

 

Ruang iklan FBads

Iklan FBads memaparkan iklan anda bedasarkan beberapa kategori iaitu:-

  • Data Geografi

-Di mana pengguna FB berada

  • Data Demografi

-umur, jantina dan status pengguna FB

  • Data Sosiografi

-apa yang pengguna FB suka

  • Data Sosiografi

-hubungan antara seorang pengguna FB dengan pengguna FB yang lain yang telah sertai mana-mana fanpage atau group.

 

Berapakah cas untuk FB Ads?

Iklan FB ini dikenakan bayaran melalui 3 cara, iaitu;

1) CPC – cost per click

-bermaksud setiap iklan yang di’klik’ oleh audien akan dikenakan bayaran.

2) CPM – cost per 1000 impression/view

-Bayaran adalah berdasarkan setiap kali iklan anda dipaparkan 1000 kali di Facebook.1 iklan yang dipaparkan 1000 kali akan dikenakan bayaran.1000 kali tu,bukan 2-3 kali…Bayaran yang dikenakan adalah dari USD 0.01 hingga USD 0.05 setiap 1000 kali iklan dipaparkan.

3) AutoCPM

a) AutoCPM (promote post) – cost per reach

-Auto CPM akan digunakan secara automatik untuk pengiklanan jenis ‘Sponsored Post’.Cas yang dikenakan adalah berdasarkan  sasaran audien yang dicadangkan oleh audien.

b) AutoCPM sidebar

-Berbeza dengan Auto CPM (promote cost),Auto CPM sidebar menjalankan iklan anda mengikut bajet yang anda tentukan. Jadi anda boleh menetapkan bajet iklan yang sesuai dengan perniagaan anda walaupun dengan bajet iklan yang rendah.

 

Haa ni baru sedikit, banyak lagi perkara tentang FB Ads yang anda perlu tahu.Apa-apa pertanyaan boleh komen diruang komen di bawah.

Selamat menggunakan FB Ads 🙂

 

Sumber : SifuFBads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *