Awal tahun 2017 saya lupa nak memperbaharui bayaran domain. Cemas saya apabila domain saya nak kena lelong. Apa jadi kalau kita tak renew domain?

Saya beli domain www.zalhazmie.com ni pada tahun 2012 kalau tak silap. Saya beli selepas saya tengok macam style je ada domain sendiri ni. Sebelum tu, saya memang gila nama. Semua username media sosial saya akan pastikan saya dapat guna nama saya.

Saya beli domain ni daripada domain provider ni Malaysia, pada satu hari saya terasa nak cek availability nama saya dan saya terkejut apabila zalhazmie.com sudah sedia untuk dilelong. Cepat-cepat saya hubungi domain provider saya. Alhamdulillah kes ini dapat diselesaikan.

Kenapa saya boleh terlupa untuk renew domain? Ini kerana pada tahun sebelumnya saya sibuk mengendalikan Website Malaya. Jadi pada tahun ini iaitu tahun 2017, saya berazam untuk turun padang menghasilkan content yang bermanfaat untuk anda sebagai hadiah kerana setia membaca blog saya.

Ok berbalik kepada topik kita, apa jadi kalau kita lupa renew domain kita?

#1 Tempoh Ihsan (Bertenang)

Anda akan dihadiahkan tempoh ihsan daripada domain provider anda.  Dalam tempoh ini, mereka akan mengaktifkan auto-renew sementara menunggu anda kembali mengaktifkan domain tersebut.

Walaubagaimanapun, anda harus berjaga-jaga kerana tempoh ini tidak lama. Tempoh ini kebiasaannya dari hari pertama hingga ke hari ke 45.

Sedikit tips untuk anda. Apabila membeli domain, pastikan yuran tahunan domain tersebut berpatutan dan mampu untuk direnew. Jangan sesekali dikaburi dengan harga murah pada tahun pertama sahaja.

#2 Tempoh Penebusan Ihsan

Selepas tempoh ihsan tamat, anda akan melalui tempoh penebusan. Tempoh ini semakin singkat jika dibandingkan dengan tempoh ihsan. Hanya 30 hari diberikan kepada anda untuk menebus domain.

Walaupun anda diberikan tempoh bertenang oleh pihak domain provider, ini tidak bermakna yang domain anda sudah selamat. Pada waktu ihsan inilah domain anda berada dalam fasa lelongan.

Sumber : ICANN


Nasihat saya kepada anda yang masih belum memiliki domain, beli sekarang walaupun anda masih belum mahu menggunakannya. Rakyat Malaysia semakin sedar tentang kepentingan website dalam urusan seharian. Jika anda sudah sedia untuk memiliki domain sendiri KLIK SINI

domain-hosting-terbaik

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *