USAHAWAN DIGITAL | PENULIS MAYA

zal-hazmie
capsule-advertising

Zal Hazmie merupakan usahawan muda yang mula berkecimpung dalam dunia bisnes sejak 2009. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan di salah sebuah universiti tempatan di Malaysia sehinggalah mempunyai sebuah syarikat pengiklanan yang mempunyai 8 orang pekerja.

Mula serius dalam bidang perniagaan pada tahun 2014, Zal Hazmie tekad untuk menubuhkan satu kumpulan perniagaan di bawah jenama Capsule Clothing yang dianggotai oleh dua orang sehingga empat orang ahli pada tahun 2015.

Pada masa yang sama beliau mendirikan satu jenama baru iaitu Website Malaya yang menawarkan servis pembinaan laman web dan e-commerce. Sedar akan satu perkara penting dalam bisnes iaitu fokus dan persisten, beliau menjual jenama Capsule Clothing kepada usahawan di Kelantan dan fokus pada Website Malaya.

Website Malaya kini dimiliki oleh Capsule Advertising Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh dua orang bumiputra yang berasal daripada pantai timur semenanjung.

Zal Hazmie kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di Capsule Advertising Sdn. Bhd. dan sentiasa mencari peluang untuk menyerap bakat baru untuk dilatih menjadi usahawan sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat sendiri.

Dengan pengalaman dalam bidang pemasaran digital, beliau yakin dan percaya sesebuah perniagaan yang bermula kecil boleh disistemkan dengan betul sehingga menjadi sebuah empayar pada satu hari nanti.

Sistem, Disiplin dan Komitmen. Inilah prinsip yang dipegang oleh beliau sehingga kini.