Content Management System (CMS) merupakan satu sistem yang diperkenalkan bagi membantu pembangun-pembangun website supaya dapat membangunkan website dengan lebih mudah dan kompleks.

Sehingga kini, hampir 20+ jenis CMS telah dibina dari pelbagai bahasa pengaturcaraan. Tapi, persoalannya, CMS manakah yang lebih bagus dan mesra SEO?

Haa! Harini saya nak kongsikan kepada anda.

1. WordPress

cms_wordpress_logo

Dengan terdapat hampir ribuan plugins dan themes didalamnya, WordPress menjadi pilihan utama oleh para pembangun di serata dunia.

WordPress boleh menjadi platform terbaik untuk SEO sekiranya pembangun pandai dalam memilih plugin yang betul dan bijak dalam penggunaan permalink.

2. Joomlacms_joomla_logo

Joomla merupakan open-source CMS dan terletak ditangga kedua CMS paling banyak digunakan iaitu sebanyak 50 juta muat turun.

Sebelum ini, Joomla tidak mementingkan SEO, namun, update terbaru menunjukkan Joomla sudah mula menambahbaikan sokongan SEO dalam CMS mereka.

Fungsi Search engine yang friendly URL’s, sokongan custom meta data per page dalam setiap artikel, section dll menunjukkan Joomla tidak ketinggalan untuk menjadi CMS yang mesra SEO.

3. Drupal
cms_drupal_logo

Drupal merupakan salah satu platform yang paling ‘senior’ dalam dunia CMS. Drupal juga merupakan CMS yang mesra SEO.

Drupal berbeza dengan CMS lain kerana Drupal tidak mempunyai sokongan plugins atau themes banyak seperti kebanyakan CMS lain.

4. Bloggercms_blogger_logo

Blogger adalah produk keluaran Google. Ia merupakan CMS yang paling mudah dan ringkas untuk mereka yang kurang pengetahuan dalam mengendalikan website.

Blogger juga mempunyai kelebihan SEO yang tinggi disebabkan ia dibangunkan sendiri oleh Google.

5. Magentocms_magento_logo

Magento adalah satu CMS yang dapat menyelesaikan masalah E-Commerce anda. Platform yang open source menjadikan Magento mudah digunakan dan diuruskan.

Magento bukanlah CMS yang terbaik dalam SEO. Namun, jika anda pandai dalam membuat tetapan keatas tajuk, tag meta produk, InshaAllah Magento dapat menyaingi CMS lain.

Apa Jadi Kalau Website Tak Mesra SEO?

Bila website anda tak mesra SEO, maka pelanggan susah untuk menjumpai website anda dalam carian Google.

Ini kerana Google telah mensyaratkan dalam algoritma enjin carian mereka, yang mana ranking website di Google akan ditentukan berdasarkan tahap SEO dalam content anda.

Jadi, tulis lah artikel di website anda dengan penulisan yang hemah dan bermanfaat kepada orang ramai. 😀

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *