Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Hari ini ada topik menarik yang saya nak kongsikan dan MUNGKIN ramai yang masih tak tahu mengenai perkara ini.

Ilmu sangat penting sekiranya anda ingin memulakan bisnes online, kerana bisnes secara online memerlukan beberapa kemahiran penting, supaya bisnes yang dijalankan secara online itu berjalan dengan sistematik dan membuahkan hasil lumayan.

Saya nak bagi AMARAN kepada anda. JANGAN BUAT BISNES ONLINE KALAU ANDA BELUM TAHU ATAU PANDANG RENDAH DENGAN 3 BENDA INI !

1. Facebook

Seperti kita sedia maklum, Facebook merupakan salah satu media sosial yang paling ramai digunakan di dunia. Dengan perkembangan itu, Facebook telah memperkenalkan Facebook Advert Manager.

Ia bertujuan membantu para peniaga online untuk memasarkan produk dan syarikat mereka menerusi Facebook dengan lebih berkesan.

Jadi, rajin-rajinkan diri anda untuk mendalami ilmu perniagaan online menggunakan Facebook. InshaAllah sedikit sebanyak dapat membantu anda mendapatkan hasil yang lumayan.

2. Website

Ramai daripada kita tak tahu dan tak nak tahu tentang kelebihan website. Bagi saya ini adalah mentaliti yang perlu diperbetulkan.

Ada yang beranggapan, memiliki Facebook sudah memadai dan website adalah tidak perlu. Tapi suka saya kongsikan, website adalah watak penting dalam perniagaan anda.

Kerana apa? Kerana memiliki website dapat meningkatkan kredibiliti dan tahap kepercayaan pelanggan keatas syarikat anda.

Nasihat saya, sebelum jalankan bisnes secara online, carilah ilmu mengenai website atau blog supaya mudah mendapatkan pelanggan yang berpotensi dan InshaAllah mereka akan mudah mempercayai syarikat anda.

Credit video : Azizan Osman

Jom tengok video ni

3. Perisian Untuk Menguruskan Dokumen

Apa itu perisian? Perisian adalah satu perkakas digital yang membantu menyelesaikan masalah manusia.

Kenapa saya katakan perisian itu penting dalam perniagaan? Okey. Dalam dunia maya, masalah lambakan dokumen sangat rumit untuk diuruskan.

Maka, dengan wujudnya pelbagai jenis perisian, sudah pasti ia dapat membantu anda menguruskan dokumen online dengan lebih teratur dan sistematik.

Macam saya sendiri, saya menggunakan perisian khas untuk menguruskan invois pelanggan saya. Dengan perisian tersebut, saya dapat menghantar invois secara automatik kepada pelanggan saya yang telah membuat pembayaran.

Jadi, saya tak perlu pening kepala nak uruskan invois. Segalanya hanya di hujung jari. 😉

Untuk anda yang baru mulakan perniagaan, boleh cuba dulu perisian percuma untuk menguruskan invois. Saya sarankan anda untuk menggunakan Wave App. Ianya masih percuma buat masa sekarang.

Kalau Ada Ilmu Semua Jadi Mudah Bukan?

Sebab tu saya menegaskan supaya anda dalami 3 benda asas yang saya sebutkan diatas.

Namun, bukanlah satu syarat wajib untuk anda mendalami dahulu ilmu ini sebelum mulakan bisnes online.

Ianya hanyalah satu panduan asas berdasarkan pada pemerhatian saya.

Peace. 😀

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *