lamborghini-and-porsche-in-fron-of-a-mansion-2560x1600-wide-wallpapers.net

Dalam dunia nyata, rumah kita berfungsi sebagai tempat untuk kita berteduh, menyimpan harta peribadi, dan sebagainya. Namun, dalam dunia maya, rumah kita adalah website.

Sebab apa saya kata begitu? Sebab anda boleh menyimpan segala maklumat ke dalam website supaya orang ramai dapat melihat latar belakang anda dengan mudah dan lengkap.

Tambahan lagi, urusan jual beli atau tempahan servis dapat dilakukan dengan mudah apabila segala maklumat contact telah dimasukkan kedalam website.

Ini tak jauh beza dengan perumpamaan seperti rumah. Apabila rakan anda berhajat sesuatu, pasti mereka akan datang ke rumah anda untuk mendapatkan pertolongan atau nasihat anda.

Bermakna, mereka yang masuk ke website anda merupakan ‘Potential Visitor’, kerana mereka masuk ke tempat yang betul dengan niat untuk mendapatkan manfaat daripada artikel yang anda post.

Akhir kata, jangan terlalu fokus untuk mendapatkan kuantiti trafik & rating website, sebaliknya fokus 100% kepada content website kita, supaya berguna kepada orang ramai.

Lama kelamaan pasti website anda menjadi tumpuan juga.

Peace. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *