godaddy-domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini kita belajar sejarah sikit ya. Hehe. Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana boleh terhasilnya domain? Dan nak tahu tak domain apa yang pertama didaftarkan di dunia? Okey. Baca dengan lanjut.

Pada era penggunaan ARPANET sekitar tahun 1980-an, setiap hostname komputer yang dihoskan pada rangkaian internet telah dilabelkan dalam bentuk alamat bernombor (IP Address).

Perkembangan yang pantas dalam penggunaan internet telah menimbulkan masalah kekeliruan apabila menggunakan IP Address sebagai alamat host  di ARPANET.

Dengan faktor itulah satu revolusi baru dicetuskan dimana Domain Name System (DNS) telah diperkenalkan keatas ARPANET.

Revolusi ini berlaku atas tujuan untuk menggantikan alamat bernombor (IP Address) tersebut kepada nama domain yang lebih mudah diingati dan dilayari oleh pengguna.

DNS telah dilancarkan pada 1983 oleh Internet Engineering Task Force (IETF) iaitu sebuah organisasi bebas yang bertanggungjawab dalam meningkatkan dan mengekalkan mutu penggunaan dalam sektor internet.

Domain Pertama Yang Didaftarkan Di Dunia?

Nama domain pertama di internet adalah symbolics.com yang telah didaftarkan oleh Syarikat Symbolics, sebuah syarikat komputer di Amerika Syarikat pada 15 Mac, 1985.

Domain tersebut kekal live di internet sehingga hari ini tetapi dibawah sebuah syarikat pelaburan apabila mereka berjaya membeli nama domain tersebut daripada syarikat Symbolics pada tahun 2009.

Nama Domain Di Seluruh Dunia Ini Dikawal Oleh Siapa?

Jawapannya ialah, Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN). Organisasi ini berperanan mengkoordinasikan setiap alamat IP yang digunakan, supaya setiap alamat tersebut dapat dicari dengan tepat.

ICANN juga merekodkan setiap alamat IP yang didaftarkan, supaya tidak berlaku pertindihan dua nama domain yang sama.

Domain Ada Berapa Bahagian?

Domain terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu,

www.zalhazmie.com

  1. Top Level Domain ( .com )
  2. Domain and Domain Suffix ( zalhazmie )
  3. Subdomain ( www )

Baca apa perbezaan Domain & Sub-Domain.

Tips Nak Beli Domain

Bila nak beli domain, pastikan nama domain anda adalah ringkas dan ada kaitan dengan syarikat atau peribadi anda sendiri supaya mudah anda ingat.

Nak beli domain, sila lawati domain provider yang berdaftar antaranya ialah, GoDaddy, Exabytes.My, GB Network dan banyak lagi.

Amacam? Beli domain sekarang! Miliki website anda sendiri biar orang tahu kemunculan anda di internet. Baca kenapa anda perlu memiliki website sekarang! Hehe.  😉

Peace!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *