[Ini juga cara untuk tarik trafik ke website ]

Salam dan salam sejahtera semua,  sy nak share something penting yang tak ramai orang yang mempunyai website gunakan untuk tingkakan sales dan buat marketing website yang betul.

kadang-kadang Owner website ni kebanyakan masa nak buat website dengan developer memang dengan harapan sales akan menggunung selepas ni. Tapi lepas siap websitenya “Krik.Krik.Krik x10)

Ramai juga yang mula-mula buat web je terus ambil Ecommerce (kedai online). So untuk tangani kes-kes website “krik-krik” ni jom saya tunjukkan sedikit sebanyak apa yang perlu anda buat jika anda owner kepada website tersebut

1. Letak link website di semua media sosial

Ya! ini perkara paling basic yang anda perlu lakukan. Seperti situasi di facebook dan instagram, Rakyat Malaysia ni dia agak “rajin” sikit untuk cari benda-benda info berkenaan bisness anda. Jika mereka jumpa anda di Facebook, Status-status berkenaan promosi dan produk sudah jauh kebawah dan mereka tak ada masa nak scroll ke bawah jauh-jauh untuk lihat promosi. Kemungkinan besar mereka akan ke website yang mana mereka tak perlu untuk scroll jauh-jauh untuk dapatkan info. Buka saja web dah ada di Banner tentang promosi

2. Dalam setiap Status media sosial letakkan link website

Ini cara paling mudah untuk bawa pelanggan anda ke website. Tiap-tiap pelanggan anda tak akan tekan semua link dan tak akan nampak status anda pada masa yang sama sebab algorithm media social (facebook) untuk nampakkan post anda kepada 5% sahaja dari fan di page kita. Jadi untuk mengatasai masalah ni, anda perlu konsisten untuk share link website anda di setiap post yang yang anda rasa akan ada banyak engangement daripada followers.

3. Buat Post Blog

Biasanya ini owner website tertinggal. Mereka buat sharing tips dan apa saja di facebook. Alangkah bagus jika anda buat sharing tips di website dan copy sahaja link blog anda dan paste di timeline facebook. Dengan Tajuk yang menarik mesti followers anda akan klik link blog anda tu. Trafik website anda akan tinggi dan insyallah website anda boleh duduk di antara tangga teratas carian nanti

4. Masukkan Link Website di dalam setiap iklan media sosial (facebook)

Anda selalu buat iklan berbayar? Ada masukkan link website tak? Kalau tak juga anda kira dah rugi besar berkenaan kos dan trafik. Sebab anda tak bawa pelaggan berpotensi anda ke website yang engage dengan iklan anda tadi. Lagi 1 jika kita buat iklan post engagement, letakkan link di dalam iklan adalah sebagai bonus sebab jika anda gunakan fungsi bawa orang ke website akan dicaj agak tinggi kos iklan.

5. Landing Page Berkesan

Dah bawah trafik ke website tapi landing page tak ada? Ini juga biasa berlaku kepada owner website lebih-lebih lagi yang ada website e-commerce. Kegunaan website paling utama untuk jualan produk atau servis ialah untuk convertkan pelawat untuk lakukan sales. Landing Page ini berfungsi sebagai salesman anda yang tak bergaji untuk terangkan produk anda kepada pelawat sehingga mereka lakukan pembelian tanpa banyak cakap. landing page ni dia ada strategi dia pula. Bukan syok sendiri ya. Klik SINI untuk belajar. FREE

6. Tanam Facebook Pixel

Bila landing page dah siap, jangan lupa tanam Facebook Pixel di dalam website tersebut. Facebook Pixel ni agak bagus fungsinya yang mungkin ramai tak tahu. Fungsi Facebook Pixel dia macam ni. Situasi Iklan ya. Anda buat iklan dalan engagement 1000 orang dan yang ke website anda 500 orang daripada 1000 angagement tersebut. Daripada 1000 orang tu yang anda close sales dalam 200 orang. Sekarang ni iklan dah habis dan nak buat retargeting. Orang yang dah masuk ke website anda tadi 500 orang antara pelanggan yang berpotensi daripada 1000 enggagement tersebut. Kita masukkan FB Pixel ni ke dalam website tadi sebelum buat iklan dan dia akan track 500 orang pelawat yang memang dah masuk website. Kita boleh retargeting balik pixel tersebut dengan iklan.

Sebelum tu kita perlu faham, ada kemungkina mereka yang masuk ke facebook kita tu lupa nak beli atau tak ingat nama page kita dan banyak kemungkinan lagi. Dengan facebook pixel ni anda boleh baut iklan dengan terget mereka sahaja iaitu 500 orang tadi dengan strategi yang bagus. Contonhya Copywriting diskaun atau timbulkan lagi ungency seperti tempoh dah nak tamat

Chance untuk mereka beli amat tinggi dan kos untuk iklan pixel ni agak rendah sebenarnya

7. Guna Kupon Promosi Untuk Belian di Website

Jika anda menggunakan platform e-commerce dan nak semua orang beli dekat website sekarang ni suam-suam suku tu. Cuba anda buat promosi yang mana bila customer beli je dekat website akan dapat diskaun. Kalau nak beli wassap juga tak ada diskaun. Mungkin akan ramai yang berduyun-duyun masuk ke website anda untuk buat pembelian. Anda takde lah nak reply 100% wassap je kan nak-nak time nak raya nanti. Boleh kejang jari tu

8. Payment Gateway

Dah buat promosi lepas tu payment gateway jenis upload resit pula. Ini mungkin akan buatkan pelanggan anda rasa leceh nak kena upload resit lepas pegi ATM atau online banking dan perlu capture screen. Orang malaysia ni “rajin untuk kerja-kerja leceh ni”. Mereka pun tak jadi beli atau lupa. So untuk tangani masalah ni anda perlu dapatkan 1 payment gateway yang membolehkan mereka buat pembayaran on-the-spot semasa semangat mereka untuk membeli tu tengah berkobar-kobar. Lagi 1 jika anda guna payment yang upload resit kemingkinan besar ada penipuan resit yang berlaku dan anda perlu check 1-1 transaksi di bank anda untuk setiap pelanggan buat payaran untuk comfirmkan

9. Masa Loading Website lambat

Semua perkara di atas dah buat tapi sekali nak loading website 2 minit! Memang customer tak akan tunggu selama tu. Tempoh loading website yang ideal antara 1-3 saat sahaja. Ada beberapa kemungkinan website anda lambat loading. Antaranya :

  • Saiz gambar besar
  • Banyak sangat gambar
  • Server Slow

Gambar yang paling ideal untuk website ialah bersaiz 100kb ke bawah. Kalau berat sangat cuba anda bayagkan nak loading 1 pagi seberat 10mb memang akan lama nak-nak dengan speed malaysia ni. So kalau rasa website berat cuba check gambar. Gunakan format .jpeg

Jika server anda slow. Caranya berpindahlah ke server yang laju sikit. Atau upgrade jenis server tu ya. Biasanya yang bawah RM100 setahun shared hosting ya

———————-

Ini sahaja perkongsia kali ini untuk anda. Jom sama-sama kita praktikkan perkara-perkara yang kami cuba share di atas. Insyaallah website anda kurang atau tak krik-krik lagi, Kesian tau website tengok-tengok visitor 2 orang je sehari.

Jika ada apa-apa persoalan boleh hubungi kami atau komen sahaja di bawah nanti kami update =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *