Baru-baru ini Google telah memperkenalkan algoritma moden bagi enjin carian mereka yang dinamakan sebagai Google Hummingbird.

Google Hummingbird mempengaruhi hampir 90% kemaskini keatas hasil carian di Google. Ia merupakan sebuah perubahan yang sangat besar.

Sebelum tu nak tanya, tahu tak algoritma tu apa? Haa! Kalau tak tahu, saya terangkan sikit kepada anda. Okey?

Algoritma adalah satu proses atau kaedah penyelesaian masalah yang distrukturkan dengan menggunakan formula matematik untuk diarahkan kepada komputer.

Jadi, berbalik kepada topik kita.

Apa Perubahan Besar Dalam Google Hummingbird ?

Sebelum ini, enjin carian Google hanya memfokuskan kepada kata kunci sahaja. Namun, selepas kemaskini terbaru, Google Hummingbird berupaya untuk memahami apa yang pengguna inginkan.

Membuktikan bahawa Google lebih menekankan “Bahasa Manusia” digunakan dalam enjin carian mereka sebagai contoh, “Kenapa Laman Web Itu Penting Kepada Bisnes Online?” atau “10 Cara Berkesan Untuk Meningkatkan Trafik Blog”.

Jadi, Hummingbird akan memahamkan apa yang anda inginkan seterusnya akan mengeluarkan result yang berkaitan.

Ini jelas mempengaruhi penggunaan long tail keyword dimana anda sebagai blogger perlu meletakkan tajuk artikel yang panjang dan jelas supaya dapat memenuhi “citarasa” Hummingbird.

Trafik Jatuh Teruk Selepas Update Google Hummingbird?

Okey. Ini adalah masalah besar yang dihadapi kebanyakan blogger. Tiba-tiba je trafik blog kita jatuh mendadak. Sebab apa?

Ia berlaku disebabkan beberapa sebab yang mungkin berlaku atas kecuaian anda sendiri.

Google Hummingbird lebih tegas dalam memahami content blog anda. Sekiranya blog anda mengandungi kandungan yang illegal atau tidak bermanfaat, maka, bersedialah untuk mengalami kejatuhan trafik.

Macam Mana Nak Tingkatkan Trafik Semula?

Apa pun, jangan risau. Anda boleh tingkatkan semula trafik blog dengan syarat content didalam blog anda adalah menepati garis panduan yang telah ditetapkan didalam Google Quality Guideline.

Yang paling penting, sentiasa konsisten dalam mengemaskini post didalam blog dengan perkataan yang mudah difahami dan bermanfaat kepada pembaca.

Setkan jadual waktu bila anda mahu mengemaskini blog post anda. 1 hari 1 artikel atau 2 hari 1 artikel. Itu semua bergantung kepada anda.

Anda boleh rujuk WanYusof.com untuk mengetahui teknik SEO yang berkesan.

Kesimpulannya, Bagus Atau Tidak Update Google Hummingbird Ni?

Dengan perkembangan yang kian pesat dalam dunia blogging ini,  bagi saya update sebegini sangat bagus dan diperlukan untuk mengatasi masalah pengguna internet apabila mereka menggunakan enjin carian Google.

Contoh masalah utama yang diatasi oleh Google Hummingbird :

  • Kemunculan lambakan artikel tidak bermanfaat seperti penggunaan shortform atau fakta palsu.
  • Kemunculan blog yang membuat spam keyword.
  • Kemunculan blog yang mempunyai illegal content seperti pirate software atau copyright.
  • Kemunculan blog yang mempunyai virus malware.

Jadi, sekiranya blog anda terdapat ciri-ciri seperti diatas, segera perbaiki content sebelum ‘mimpi ngeri’ daripada Hummingbird datang menghantui trafik anda. Hehe. 😀

Peace!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *